<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5106462031687787551\x26blogName\x3dbertenang..bergumbira+bersama..\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://zeyro36.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://zeyro36.blogspot.com/\x26vt\x3d-5564283683517552053', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Local time


Sertai Teka-Teki Bulanan Blog
  • 1. Hantarkan jawapan abiskita ke chat box beserta nama samaran
  • 2. Tinggalkan no hp abiskita untuk menerima hadiah yang berupa no kad nilai tambah sebanyak 5 Ringgit yang akan dihantar melalui sms bagi pelanggan DST sahaja..pada setiap hujung bulan..atupun jika abiskita yang pemenangnya..hehehe
  • 3. Setiap seorang hanya berhak menjawab sekali sehaja, dan sekiranya banyak peserta yang menjawab dengan betul..undian akan dilakukan.
  • 4. Keputusan adalah muktamad bagi pemenang yang terpilih..
  • 5. Akhir sekali selamat bergumbira n jangan marah-marah...hehehe..
ChatBox☺



Links

Hit Counter
Wednesday, 8 December 2010
Salam Hijrah 1432

Salam semua...sinar hijrah kini bermula lagi....namun apa yang kita harapkan jika pada tahun hijrah yang lepas kitani telah banyak membuat kesilapan ataupun banyak kekurangan...mantapkanlah hijrah kali ani dengan lebih banyak kebaikkan malah jika banyak kebaikkan pada tahun lalu gandakanlah pada kali ini...dan kekurangan pada tahun lalu...isilah lagi dengan memperbanyakkan kebaikkan pada tahun ini dan seterusnya...walaupun kitani sedar bahawa hijrah pada zaman Baginda Rasulullah takkan muncul lagi akan tetapi..kitani ambillah contoh dan iktibar dari perjuangan dan semangat Baginda beserta pengikutnya...sehingga kejayaan hijrah itu dapat dicapai dimana antaranya ialah Da'wah Islamiah yang berkembang luas pada masa itu dan berpanjangan sehingga kehari ini dan sampai bila-bila...Inilah awda antara hijrah yang perlu kita contohi dalam menghijrahkan diri, hati dan jiwa kita...semoga pengertian Hijrah itu terlalu bermakna buat kita semua...dan kita juga berjaya mencapai Hijrah yang kita cari-cari..Insyaallah..Aamiin...Selamat Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1432......Wassalam...

Labels:


Monday, 15 November 2010
SAAT GUMBIRA : Bengkel Penulisan Seni Khat Jawi

Salam, Alhamdulillah terlebih dahulu kediaku rasa bersyukur kerana masih diberi peluang untuk mengikuti bengkel yang ku minati iaitu 'Bengkel Penulisan Seni Khat Jawi'...walaupun rasanya masih alum profesional seperti khatat yang sudah lama berkecimpung di negara Brunei Darussalam ani...well dijadikan cerita bengkel ani berjalan selama lebih kurang dua minggu yangmana bengkel tersebut di kendalikan oleh bahagian penerbitan, Pusat Da'wah Islamiah dan tenaga pengajar ataupun digelarkan "Sifu Khatat" kami pada bengkel tersebut didatangkan khas dari negara Malaysia iaitu Yang Mulia Ustaz Abdul Baki bin Abu Bakar juga berasal dari Kedah. Seperti biasa kelas dalam bengkel ani amat ceria sekali memandangkan rakan peserta-peserta lain yang happy go lucky n mudah kan beibun menambah kan lagi keceriaan dalam kelas bengkel tersebut..maklum lah andang sekelas dari bengkel asas seni khat jawi lagi...dan di hiasi lagi dengan juadah free  yang di sponsor oleh Pengiran Hajah Halijah dan rakan-rakan bini-bini yang lain dengan bermacam kuih-muih dan coklat sehingga berat badan dalam dua minggu ani mengajut naik..hehehe...memandangkan kami peserta laki-lakinya membantu bisdia untuk menghabiskan juada yang bisdia bawa atu..hehehe sayang jua makan free...dan Alhamdulillah dalam dua minggu atu jua banyak ilmu khat yang kami pelajari...dari praktik n teknik....semoga apa yang diberikan kepada kami ani akan dapat kami manfaat sampai bila-bila Aamiin....btw ani antara karya2 ku yang sempat muncul dari bengkel tersebut....selamat menyaksikan...


Labels:


Monday, 1 November 2010
Teka-Teki Kebonceng_36(edisi September) : Raya oh Raya..(Pemenang)

Salam.....terlebih dahulu kediaku mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas bisdia yang masih sudi mengikuti teka-teki di dalam blogku ani...terutama sekali kiambang_301 dan nana...tapi kali ani jawapan yang tepat dapat diberikan oleh NANA...tahniah nana kerana jawapan yang betul diberikan..iaitu mesti tah urang rumah yang kan diaga atu mesti ada...nda ja...hehehe to kiambang_301 jgn putus asa n cuba dan terus mencuba lagi...so hadiah kredit sebanyak $10 ringgit akan dihadiahkan kepada NANA...TAHNIAH N TERIMA KASIH..jumpa lagi di teka-teki yang akan datang yeeeee....Wassalam..

Labels:


Saturday, 23 October 2010
Sukan @ zeyro_36 : PDI Mengganas Di Padang SYSHHB

Salam...Khamis, 21 Oktober 2010 Pasukan bolasepak Pusat Da'wah Islamiah (PDI) melakar sejarah kemenangan terbasar apabila membenam pasukan dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam dengan jaringan 7-2. di salah satu perlawanan persahabatan yang di adakan di Padang Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Berakas. Cuaca pada patang ariatu amatlah memberangsangkan kerana nda begitu panas dan nda jua begitu sajuk...secara rumusannya pasukan PDI dapat menguasai seluruh permainan..meskipun separuh masa pertama menurunkan pemain yang berbeza dan separuh masa kedua pun miatu...di mana pada separuh masa pertama kedudukan pada masa atu berakhir dengan 3-2 manakala di separuh masa kedua pula 4-0, jaringan masing-masing di jaringkan oleh g-jun,o.g. dari pasukan lawan, Pg.Rafie (Penalti),hj.haizan pemain berkaliber yang kecil molek, ehem2..kediaku sendiri,jemain dan g.amli...dan apa yang penting pertemuan dengan pasukan lawan adalah fair play..dan pasukan lawan pun begitu santai dengan perlawanan persahabatan tersebut nda kurang jua yang memberi senyuman sepanjang perlawanan tersebut dijalankan..hehehe(atu batah banar senyum tu eh..bahaya tu)...inilah apa yang diharap2 kan oleh pasukan PDI sendiri untuk mewujudkan ukhwah dan persahabatan sesama Islam yang lain melalui sukan....ringkasnya "Da'wah Melalui Sukan"...

p/s: Untuk makluman tiada photo-photo perlawanan yang dapat dipamerkan kerana penulis sendiri tidak membawa alat-alat yang boleh mengambil gambar pada waktu-waktu yang indah tersebut..hehehe...Wassalam...

Labels:


Thursday, 21 October 2010
SANTAI-SANTAI@zeyro_36 : Arowana & Flowerhorn : Aku ingin mengenali diri kamu..

Salam,
Bila aku terkenang dua nama ikan peliharaan ani...(ikan-ikan peliharaan yang ku miliki pada ketika ani)...sentiasa bermain difikiran bila tah kiranya kan basar...bukannya apa..kediaku andang membeli bisidia ani andang dari damit lagi...atupun untuk aku merasa feel...menjaga bisidia...lagipun ngambil harga murah jua bah...mun membali yang basar gerenti mahal bah harganya...so cari je mana yang temampu....atingku mula bergejolak kan memelihara ikan ani..bermula dari cerita-cerita yang memberangsangkan dari rakan sekerjaku..yang memang sudah lama berkecimpung dengan dunia pemeliharaan ikan ani iaitu ikan flowerhorn..akan tetapi mengikut cetanya..minatnya masa atu..tahap yang low...tanpa disangka..bila ku iski betanya cemana,bagaimana,natijahnya bila menjaga ikan ani...rupanya aku seolah-olah berjaya meniup kembali semangat 2 rakan ku..yang memang meminati...dunia pemeliharaan ikan flowerhorn ani...tanpa diduga hadir lagi seorang teman sekerjaku malah pernah menjadi Ustaz di zaman sekolah ku...yang boleh ku gelarkan dia sebagai Ustaz Hj. A..yang juga minatnya semakin low... pada ketika itu..akan tetapi beliau lebih cenderung kepada ikan yang sangat mahal iaitu Arowana...bila aku terpengaruh dengan cerita indah mereka megenai pemeliharaan ikan yang pernah mereka lalui...mau nda mau ku pelihara tia kedua-dua ikan ani...

p/s: Untuk makliman biskita...gambar ani cuma hiasan je...tiada kena-mengena dengan ikan-ikan yang ku pelihara pada ketika ani.....hehehe....

Labels:


Tuesday, 28 September 2010
Teka-Teki Kebonceng_36(edisi September) : Raya oh Raya..

Salam..kepada pembaca blog ani yang kediaku hormati...Selamat Hari Raya & Maaf Zahir dan Batin...ok..teka-teki untuk bulan ani..berkisar tentang raya..bukan meneka gambar..tetapi menggunakan akal fikiran untuk mencari jawapannya.....hehehe..serious bunyinya....ok soalannya berbunyi...

"Kalau kitani beraya kerumah keluarga/saudara mara/kawan2 dan sebagainya....apa yang mesti ada?

ok..atu je soalannya..sanangkah...?hehehe...selamat mencuba.....

Labels:


Saturday, 4 September 2010
Indahnya Ramadhan @ zeyro_36 : Lima Nilai Keunggulan Ramadhan (Sambungan)

1. Pandangan Rahmat dan Inayah Allah pada Malam Pertama
Pada malam pertama Ramadhan, Allah memberikan nadhrah 'Pandangan', Rahmat 'Kasih Sayang', 'Inayah 'pertolongan' kepada kaum muslimin. Dan, bila mendapati pandangan yang bersifat ghaib ani dan diterima, niscaya abisdia  tidak akan diseksa selama-lamanya. Ertinya, ada jaminan besar bahawa mendapatkan nadharah atu akan menghantar seseorang meraih Husnul Khotimah (Kesudahan hidup yang baik). Sementara atu, siapa saja dengan membawa husnul khotimah, jaminannya adalah syurga.

2. Bau Mulut Orang Berpuasa lebih harum berbanding haruman kesturi
Bau mulut orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah Subhanahu Wata'aala berbanding haruman kesturi. Ertinya, Allah memberikan pahala kepada orang yang berpuasa sehingga dia mendapatkan bau yang lebih harum daripada haruman wangi minyak kesturi. Ataupun, anitah merupakan ungkapan sindiran dari orang yang berpuasa mendapati keredhaan Allah Subhanahu Wata'aala, kerana bau wangi bererti keredhaan atau hal-hal yang disukai.

3. Para Malaikat Memohonkan Ampun
Pada bulan Ramadhan para malaikat senantiasa berdo'a memohon kepada Allah Subhanahu Wata'aala siang dan malam agar memberikan maghfirah 'Pengampunan' untuk kaum muslimin yang menjalankan puasa. Dan, kerana para malaikat adalah makhluk yang suci maka do'a mereka tentu mudah dikabulkan.

4. Syurga Bersiap dan Bersedia menyambutnya
Sepanjang bulan Ramadhan, Syurga diperintahkan untuk bersiap sedia dan berhias demi menyambut kedatangan orang mukmin yang sebentar lagi hendak tiba. Orang-orang mukmin itu kini tengah berjalan dari kesusahan hidup di dunia (kerana banyaknya beban dan tanggungjawab yang harus dipikul seperti puasa) menuju ke haribaan rumah Allah Subhanahu Wata'aala yang penuh dengan ketenangan, kedamaian, dan segala kenikmatan.

5. Pengampunan dan Pembebasan dari Neraka pada Malam Terakhir
Allah memberikan pengampunan tepat pada detik-detik malam terakhir bulan Ramadhan merupakan nilai keunggulan Ramadhan yang mengesankan. Dan, ini lain dengan Lailatul Qadar. Digambarkan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, pengampunan ini semacam bonus yang nilainya berlipat-lipat daripada gaji biasa bagi para buruh pada saat mereka telah menyelesaikan tugasnya. Keunggulan ini seperti melengkapi kemuliaan dan kebahagiaan orang-orang yang beriman atas dibebaskannya sebahagian mereka dari neraka pada setiap malam bulan Ramadhan. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang kira-kira bermaksud "Setiap malam Ramadhan ada orang-orang yang dibebaskan oleh Allah dari neraka. (Hadith Riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah Radiallahu 'Anhu.)

Labels: