<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5106462031687787551\x26blogName\x3dbertenang..bergumbira+bersama..\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://zeyro36.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://zeyro36.blogspot.com/\x26vt\x3d-3867686050726135977', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Local time


Sertai Teka-Teki Bulanan Blog
  • 1. Hantarkan jawapan abiskita ke chat box beserta nama samaran
  • 2. Tinggalkan no hp abiskita untuk menerima hadiah yang berupa no kad nilai tambah sebanyak 5 Ringgit yang akan dihantar melalui sms bagi pelanggan DST sahaja..pada setiap hujung bulan..atupun jika abiskita yang pemenangnya..hehehe
  • 3. Setiap seorang hanya berhak menjawab sekali sehaja, dan sekiranya banyak peserta yang menjawab dengan betul..undian akan dilakukan.
  • 4. Keputusan adalah muktamad bagi pemenang yang terpilih..
  • 5. Akhir sekali selamat bergumbira n jangan marah-marah...hehehe..
ChatBox☺



Links

Hit Counter
Monday 24 May 2010
TEKA-TEKI@zeyro_36 (edisi Mei) : Apakan bendanya ni?

Salam..mungkin abiskita tenanti-nanti apakah teka-teki dalam blog ku ani untuk bulan mei ani...jadinya iatahni...cuba tah perhatikan gambar ani...




Apakan ni?hehehe..
Jadi tunggu apa lagi teka tia...macam biasa kad nila tambah $5 menanti pemenang...hantarkan jawapan abiskita ke chatbox ye...salam...

Labels:


Tuesday 11 May 2010
RENUNGAN THAYYIBAH : JAUHI SIFAT MARAH

Wahab bin Munabbih ada menceritakan mengenai syaitan yang mahu menyesatkan seorang ahli ‘ibadah bani Israel, akan tetapi tetapi syaitan itu tidak berjaya. Pada satu hari ahli ‘ibadah itu keluar dari rumahnya kerana sesuatu keperluan. Lalu syaitan pun keluar bersamanya agar dia dapat peluang untuk menyesatkannya. Syaitan berusaha menyesatkan dalam bentuk godaan syahwat dengan cara membuatnya marah, tetapi tidak Berjaya lalu dia mencuba lagi dengan cara menakut-nakutkannya iaitu dengan menggugurkan batu dari bukit. Apabila batu itu hamper mengenai ahli ‘ibadah itu, dia pun berzikir mengingati Allah, lalu batu itupun menyingkir daripadanya. Kemudian syaitan menjelma menjadi singa, lalu ahli ‘ibadah itu berzikir mengingati Allah dan dia tidak takut kepada binatang buas itu. Kemudian syaitan menjelma pula menjadi ular ketika ahli ‘ibadah itu sedang sembahyang. Ular itu menjilat kaki dan badannya sehingga kepalanya. Apabila dia hendak meletakkan kepalanya untuk sujud, ular itu membuka mulutnya untuk menelan kepalanya. Lalu ahli ‘ibadah itu pun menyiring ketempat lain untuk membolehkannya sujud. Apabila ahli ‘ibadah itu selesai sembahyang dan beredar dari tempatnya, maka syaitan menemuinya dan berkata: “Aku telah melalkukan itu dan ini tapi aku tidak Berjaya memperdayakanmu, maka mulai sekarang aku mahu menjadi sahabat mu dan aku tidak akan menyesatkanmu.


Maka ahli ‘ibadah pun menjawab : “Sebagaimana aku tidak mahu bersahabat denganmu semasa engkau menakut-nakutkan aku, begitu jugalah hari ini aku tidak ingin bersahabat denganmu”

Lalu syaitan pun berkata: tidakkah engkau mahu bertanya kepadaku tentang keadaan ahli keluargamu sesudah mu?.

Ahli ‘ibadah menjawab: “Aku telah mati sebelum mereka”.

Kemudian syaitan berkata: Tidakkah engkau mahu bertanya kepadaku tentang bagaimana cara aku menyesatkan anak-anak Adam?.

Ahli ‘ibadah menjawab: “Ya, khabarkanlah tentang cara bagaimana engkau menyesatkan anak-anak Adam?.

Syaitan berkata: “Dengan tiga perkara : Bakhil, Marah dan Mabuk.

Sesungguhnya seseorang manusia itu jika bakhil, aku sedikitkan hartanya pada pandangan matanya, maka dengan cara ini akan menahannya dari mengeluarkan hak-hak yang wajib dikeluarkannya dan menjadikannya suka kepada harta orang lain.

Jika seseorang itu marah, kami akan memutar-mutarkannya di antara sesama kami sebagaimana seorang kanak-kanak memutar-mutarkan bola di antara sesama mereka. Meskipun orang itu boleh menghidupkan orang mati dengan do’anya nescaya kami tidak akan berputus asa daripada menggodanya.

Jika dia mabuk kami akan memimpinnya kepada semua kejahatan seperti mana dipimpin seekor kambing melalui telinganya menurut sesuka hati kami.

BACAAN DAN DO’A UNTUK MENGUBATI PENYAKIT MARAH.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ada mengajarkan bagaimana cara mengubati penyakit marah itu, di antaranya ialah dengan membaca:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Dan sunat juga dibaca Do’a ini ketika marah :

اللهم رب النبي محمد اغفرلى ذنبي وأذهب غيظ قلبي وأجرني من مضلات القتن

Maksudnya: Wahai Tuhan ku, Tuhan Nabi Muhammad, ampunilah dosaku, hilangkanlah kemarahan hatiku dan lepaskanlah aku dari fitnah-fitnah yang menyesatkan

Dari Abi Hurairah Radiallahu ‘Anhu, Bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu dinilai dengan kekuatan dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadith Riwayat Al-Imam Bukhari).

“Petikan dari Teks Khutbah Jum’at 08 Jamadilawal 1431 bersamaan 23 April 2010 Tajuk “Kesan Buruk Dari Sifat Marah”

Labels:


Saturday 1 May 2010
TEKA-TEKI@zeyro_36 (edisi April) : Jangan Lupa Lirik..(Jawapannya)

Salam..Alhamdulillah terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas penyertaan abiskita, untuk menyertai kuiz yang saya utarakan di blog saya ani..jadi apa kata kitani imbas balik soalan atu diteruskan dengan jawapannya sekali...

TEKA-TEKI@zeyro_36 (edisi April) : Jangan Lupa Lirik..




"Hari pertama masuk sekolah…


Tak pandai membaca mengira…


Tetapi cikgu begitu tabah…


Mengajar kami sungguh-sungguh..




Bermula ABC sampai Z..


Hitung 1 sampai 10…


Baru ejaan dan kira-kira…


Kami berlajar dengan lancar…




1 BERKAT 2 KESABARAN 3 GURUBIJAKSANA


Memberi pelbagai petunjuk…


Hari demi hari…


Kami pun mengerti…


Pelajaran…nilainya tinggi…




Kami ingat setiap masa…


Jasa guru mendidik bangsa…


Sekian dulu ucapan kami…


Terima…kasih…cikgu.."

 
Cemana..lurus rasanya jawapan yang abiskita berikan atu...?btw..rata-rata abiskita memberikan jawapan yang tepat...jadi kediaku terpaksa membuat pengundian dan pemenangnya jatuh kepada...PIJAH..tahniah..awda mendapat hadiah kad nilai tambah easi sebanyak $10...kepada abiskita yang tidak bernasib baik jangan putus asa..sama-sama kitani tunggu teka-teki@zeyro_36 (edisi Mei)...Assalamu'alaikum...

Labels: