<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/5106462031687787551?origin\x3dhttp://zeyro36.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Local time


Sertai Teka-Teki Bulanan Blog
  • 1. Hantarkan jawapan abiskita ke chat box beserta nama samaran
  • 2. Tinggalkan no hp abiskita untuk menerima hadiah yang berupa no kad nilai tambah sebanyak 5 Ringgit yang akan dihantar melalui sms bagi pelanggan DST sahaja..pada setiap hujung bulan..atupun jika abiskita yang pemenangnya..hehehe
  • 3. Setiap seorang hanya berhak menjawab sekali sehaja, dan sekiranya banyak peserta yang menjawab dengan betul..undian akan dilakukan.
  • 4. Keputusan adalah muktamad bagi pemenang yang terpilih..
  • 5. Akhir sekali selamat bergumbira n jangan marah-marah...hehehe..
ChatBox☺



Links

Hit Counter
Saturday, 7 August 2010
Renungan Thayyibah : Marhaban Ya Ramadhan

Salam, Ramadhan akan tiba lagi.....

Firman Allah Subhanahu Wata'aala di dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 yang tafsirnya...." Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah pada bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan sebagai keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu sesiapa di antara kamu yang berada dalam bulan itu dan menyaksikan anak bulan Ramadhan atau mengetahuinya maka hendaklah dia berpuasa...."

Perlu kitani ketahui jua, bahawa bulan Ramadhan ani lebih istimewa ataupun spesil yang urang putih berbanding bulan-bulan yang lain kerana di bulan ani...Allah Subhanahu Wata'aala memberikan rahmat dan pengampunan kepada hambanya, dan di bulan ani jua segala pintu-pintu syurga dibuka luas, manakala pintu-pintu neraka tertutup rapat dan semua syaitan dibelenggu, sebagaimana sabda Rasulullahi Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang bermaksud : " Dari Abi Hurairah Radiallahu 'Anhu berkata : Telah bersabda Rasulullahi Sallallahu 'Alaihi Wasallam: Ketika bulan Ramadhan tiba, maka semua pintu syurga dibuka, kesemua pintu neraka akan tertutup, semua syaitan akan dibelenggu."

Mudah-mudahan dengan menghayati tujuan dan kelebihan puasa Ramadhan ini kitani dapat lebih memahami erti Ramadhan dan 'Ibadah puasa yang sebenarnya. Sama-sama tah kitani berdo'a semoga kitani dapat menjalani 'Ibadah puasa nanti dengan lebih sabar dan penuh keikhlasan, dan semoga Allah Subhanahu Wata'aala menerima 'Ibadah puasa kitani dan segala amalan yang kitani kerjakan di bulan Ramadhan yang mubarak ini dengan sempurna...Aamiin...

Labels:


Monday, 21 June 2010
RENUNGAN THAYYIBAH @ zeyro36 : Fadhilat Sembahyang

Daripada Ibnu Umar Radiallahu 'Anhuma, Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memelihara sembahyang (fardu), sembahyang itu akan menjadi cahaya, tanda dan keselamatan untuknya pada hari kiamat. Dan sesiapa yang tidak memeliharanya, sembahyang itu tidak akan menjadi cahaya, tanda dan tidak memberi keselamatan untuknya, bahkan dia akan bersama Qarun, Firaun, Haman dan Ubai bin Khalaf pada hari kiamat".

(Riwayat al-Imam Ahmad)

Labels:


Tuesday, 11 May 2010
RENUNGAN THAYYIBAH : JAUHI SIFAT MARAH

Wahab bin Munabbih ada menceritakan mengenai syaitan yang mahu menyesatkan seorang ahli ‘ibadah bani Israel, akan tetapi tetapi syaitan itu tidak berjaya. Pada satu hari ahli ‘ibadah itu keluar dari rumahnya kerana sesuatu keperluan. Lalu syaitan pun keluar bersamanya agar dia dapat peluang untuk menyesatkannya. Syaitan berusaha menyesatkan dalam bentuk godaan syahwat dengan cara membuatnya marah, tetapi tidak Berjaya lalu dia mencuba lagi dengan cara menakut-nakutkannya iaitu dengan menggugurkan batu dari bukit. Apabila batu itu hamper mengenai ahli ‘ibadah itu, dia pun berzikir mengingati Allah, lalu batu itupun menyingkir daripadanya. Kemudian syaitan menjelma menjadi singa, lalu ahli ‘ibadah itu berzikir mengingati Allah dan dia tidak takut kepada binatang buas itu. Kemudian syaitan menjelma pula menjadi ular ketika ahli ‘ibadah itu sedang sembahyang. Ular itu menjilat kaki dan badannya sehingga kepalanya. Apabila dia hendak meletakkan kepalanya untuk sujud, ular itu membuka mulutnya untuk menelan kepalanya. Lalu ahli ‘ibadah itu pun menyiring ketempat lain untuk membolehkannya sujud. Apabila ahli ‘ibadah itu selesai sembahyang dan beredar dari tempatnya, maka syaitan menemuinya dan berkata: “Aku telah melalkukan itu dan ini tapi aku tidak Berjaya memperdayakanmu, maka mulai sekarang aku mahu menjadi sahabat mu dan aku tidak akan menyesatkanmu.


Maka ahli ‘ibadah pun menjawab : “Sebagaimana aku tidak mahu bersahabat denganmu semasa engkau menakut-nakutkan aku, begitu jugalah hari ini aku tidak ingin bersahabat denganmu”

Lalu syaitan pun berkata: tidakkah engkau mahu bertanya kepadaku tentang keadaan ahli keluargamu sesudah mu?.

Ahli ‘ibadah menjawab: “Aku telah mati sebelum mereka”.

Kemudian syaitan berkata: Tidakkah engkau mahu bertanya kepadaku tentang bagaimana cara aku menyesatkan anak-anak Adam?.

Ahli ‘ibadah menjawab: “Ya, khabarkanlah tentang cara bagaimana engkau menyesatkan anak-anak Adam?.

Syaitan berkata: “Dengan tiga perkara : Bakhil, Marah dan Mabuk.

Sesungguhnya seseorang manusia itu jika bakhil, aku sedikitkan hartanya pada pandangan matanya, maka dengan cara ini akan menahannya dari mengeluarkan hak-hak yang wajib dikeluarkannya dan menjadikannya suka kepada harta orang lain.

Jika seseorang itu marah, kami akan memutar-mutarkannya di antara sesama kami sebagaimana seorang kanak-kanak memutar-mutarkan bola di antara sesama mereka. Meskipun orang itu boleh menghidupkan orang mati dengan do’anya nescaya kami tidak akan berputus asa daripada menggodanya.

Jika dia mabuk kami akan memimpinnya kepada semua kejahatan seperti mana dipimpin seekor kambing melalui telinganya menurut sesuka hati kami.

BACAAN DAN DO’A UNTUK MENGUBATI PENYAKIT MARAH.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ada mengajarkan bagaimana cara mengubati penyakit marah itu, di antaranya ialah dengan membaca:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Dan sunat juga dibaca Do’a ini ketika marah :

اللهم رب النبي محمد اغفرلى ذنبي وأذهب غيظ قلبي وأجرني من مضلات القتن

Maksudnya: Wahai Tuhan ku, Tuhan Nabi Muhammad, ampunilah dosaku, hilangkanlah kemarahan hatiku dan lepaskanlah aku dari fitnah-fitnah yang menyesatkan

Dari Abi Hurairah Radiallahu ‘Anhu, Bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu dinilai dengan kekuatan dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadith Riwayat Al-Imam Bukhari).

“Petikan dari Teks Khutbah Jum’at 08 Jamadilawal 1431 bersamaan 23 April 2010 Tajuk “Kesan Buruk Dari Sifat Marah”

Labels:


Tuesday, 13 April 2010
RENUNGAN THAYYIBAH : Fadhilat Sembahyang

Daripada Abu Ayub al-Ansari katanya, Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Setiap sembahyang yang dikerjakan mengugurkan kesalahan (dosa kecil) yang dilakukan sebelumnya". (Riwayat al-Imam Ahmad) 

Labels:


Monday, 15 March 2010
RENUNGAN THAYYIBAH@zeyro36 : Fadhilat Sembahyang

Daripada Jabir Radhiallahu 'Anhu katanya, Rasulullah Sallahu 'Alaihi Wasallam bersabda : " Anak kunci syurga ialah sembahyang " (Riwayat al-Imam Ahmad)

Labels: