Local time
Sertai Teka-Teki Bulanan Blog
ChatBox☺
Links
Hit Counter
Blog Archive
March 2010
April 2010 May 2010 June 2010 July 2010 August 2010 September 2010 October 2010 November 2010 December 2010
|
Saturday, 7 August 2010
Renungan Thayyibah : Marhaban Ya Ramadhan
Salam, Ramadhan akan tiba lagi.....
Firman Allah Subhanahu Wata'aala di dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 yang tafsirnya...." Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah pada bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan sebagai keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu sesiapa di antara kamu yang berada dalam bulan itu dan menyaksikan anak bulan Ramadhan atau mengetahuinya maka hendaklah dia berpuasa...." Perlu kitani ketahui jua, bahawa bulan Ramadhan ani lebih istimewa ataupun spesil yang urang putih berbanding bulan-bulan yang lain kerana di bulan ani...Allah Subhanahu Wata'aala memberikan rahmat dan pengampunan kepada hambanya, dan di bulan ani jua segala pintu-pintu syurga dibuka luas, manakala pintu-pintu neraka tertutup rapat dan semua syaitan dibelenggu, sebagaimana sabda Rasulullahi Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang bermaksud : " Dari Abi Hurairah Radiallahu 'Anhu berkata : Telah bersabda Rasulullahi Sallallahu 'Alaihi Wasallam: Ketika bulan Ramadhan tiba, maka semua pintu syurga dibuka, kesemua pintu neraka akan tertutup, semua syaitan akan dibelenggu." Mudah-mudahan dengan menghayati tujuan dan kelebihan puasa Ramadhan ini kitani dapat lebih memahami erti Ramadhan dan 'Ibadah puasa yang sebenarnya. Sama-sama tah kitani berdo'a semoga kitani dapat menjalani 'Ibadah puasa nanti dengan lebih sabar dan penuh keikhlasan, dan semoga Allah Subhanahu Wata'aala menerima 'Ibadah puasa kitani dan segala amalan yang kitani kerjakan di bulan Ramadhan yang mubarak ini dengan sempurna...Aamiin... Labels: Renungan Thayyibah |