Local time
Sertai Teka-Teki Bulanan Blog
ChatBox☺
Links
Hit Counter
Blog Archive
March 2010
April 2010 May 2010 June 2010 July 2010 August 2010 September 2010 October 2010 November 2010 December 2010
|
Saturday, 14 August 2010
Indahnya Ramadhan @ zeyro_36 : Lima Nilai Keunggulan Ramadhan
Salam, bersempena dengan bulan suci dan mulia iaitu Ramadhan ingin tah atingku kan berkongsi sama abiskita yang berkesudian singgah ke blog abisamba ani sedikit renungan mengenai Indahnya Ramadhan dan kali ani maritah kitani sama-sama hayati akan tajuk " Lima Nilai Keunggulan Ramadhan"...
Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam ada bersabda yang maksudnya "Penghulu segala bulan ialah Ramadhan dan penghulu hari adalah Jum'at" (Hadith Riwayat al-Bazzar) Sunnatullah yang berjalan di alam ani menetapkan bahawa di antara segala sesuatu, ada sesuatu yang diunggulkan kerana keistimewaan dan kelebihan yang dimilikinya. Di antara rumah tah kiranya, ada rumah yang unggul iaitu Ka'bah sebagai Baitullah "Rumah Allah". Dikalangan kitani manusia pun ada manusia yang unggul iatitu Rasulullah Sallallhu 'Alaihi Wasallam. Di antara partai ada partai yang unggul iaitu "Hizbullah" yakni Partai Allah. Di antara air, air zam-zam tah yang diberikan keunggulan, manakala hari yang unggul adalah hari Jum'at dan di antara dua belas bulan, bulan Ramadhanlah yang menjadi bulan keunggulan. Jadinya, nilai-nilai apakah yang menjadikan bulan Ramadhan lebih unggul dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain? Diceritakan dari sahabat Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah Sallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, yang maksudnya : "Pada bulan Ramadhan, umatku diberikan lima perkara yang tidak diberikan kepada seorang nabi pun sebelumnya, Pertama, bila datang awal malam Ramadhan, Allah 'azza wajalla melihat mereka. Dan barangsiapa dilihat oleh Allah, dia tidak akan mendapatkan azab selamanya. Kedua, bau mulut mereka di siang hari (semasa berpuasa) lebih harum di sisi Allah daripada aroma minyak kesturi. Ketiga, para malikat memohonkan ampun untuk mereka siang dan malam. Keempat, Allah azza wajalla telah menyuruh syurga. Dia berfirman kepada syurga-Nya itu, 'Bersiap-siap dan berhiaslah untuk hamba-hamba-Ku. sudah dekat waktunya mereka (hamba-hamba-Ku) itu beristirehat dari kesusahan dunia menuju rumah dan rahmat-Ku.' Kelima, bila telah tiba akhir malam (Ramadhan), Allah mengampuni dosa mereka semua.' Seorang sahabat bertanya, 'Apakah itu yang dimaksudkan dengan Lailatul Qadar (malam keagungan)?' Jawab beliau, 'Lain! Tidakkah kamu melihat pegawai (buruh). Bukankah jika telah sempurna pekerjaannya, mereka disempurnakan gajinya (mendapatkan bonus)?" (Hadith Riwayat Baihaqi). Bersambung.... Labels: Indahnya Ramadhan |