Local time
Sertai Teka-Teki Bulanan Blog
ChatBox☺
Links
Hit Counter
Blog Archive
March 2010
April 2010 May 2010 June 2010 July 2010 August 2010 September 2010 October 2010 November 2010 December 2010
|
Saturday, 4 September 2010
Indahnya Ramadhan @ zeyro_36 : Lima Nilai Keunggulan Ramadhan (Sambungan)
1. Pandangan Rahmat dan Inayah Allah pada Malam Pertama
Pada malam pertama Ramadhan, Allah memberikan nadhrah 'Pandangan', Rahmat 'Kasih Sayang', 'Inayah 'pertolongan' kepada kaum muslimin. Dan, bila mendapati pandangan yang bersifat ghaib ani dan diterima, niscaya abisdia tidak akan diseksa selama-lamanya. Ertinya, ada jaminan besar bahawa mendapatkan nadharah atu akan menghantar seseorang meraih Husnul Khotimah (Kesudahan hidup yang baik). Sementara atu, siapa saja dengan membawa husnul khotimah, jaminannya adalah syurga. 2. Bau Mulut Orang Berpuasa lebih harum berbanding haruman kesturi Bau mulut orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah Subhanahu Wata'aala berbanding haruman kesturi. Ertinya, Allah memberikan pahala kepada orang yang berpuasa sehingga dia mendapatkan bau yang lebih harum daripada haruman wangi minyak kesturi. Ataupun, anitah merupakan ungkapan sindiran dari orang yang berpuasa mendapati keredhaan Allah Subhanahu Wata'aala, kerana bau wangi bererti keredhaan atau hal-hal yang disukai. 3. Para Malaikat Memohonkan Ampun Pada bulan Ramadhan para malaikat senantiasa berdo'a memohon kepada Allah Subhanahu Wata'aala siang dan malam agar memberikan maghfirah 'Pengampunan' untuk kaum muslimin yang menjalankan puasa. Dan, kerana para malaikat adalah makhluk yang suci maka do'a mereka tentu mudah dikabulkan. 4. Syurga Bersiap dan Bersedia menyambutnya Sepanjang bulan Ramadhan, Syurga diperintahkan untuk bersiap sedia dan berhias demi menyambut kedatangan orang mukmin yang sebentar lagi hendak tiba. Orang-orang mukmin itu kini tengah berjalan dari kesusahan hidup di dunia (kerana banyaknya beban dan tanggungjawab yang harus dipikul seperti puasa) menuju ke haribaan rumah Allah Subhanahu Wata'aala yang penuh dengan ketenangan, kedamaian, dan segala kenikmatan. 5. Pengampunan dan Pembebasan dari Neraka pada Malam Terakhir Allah memberikan pengampunan tepat pada detik-detik malam terakhir bulan Ramadhan merupakan nilai keunggulan Ramadhan yang mengesankan. Dan, ini lain dengan Lailatul Qadar. Digambarkan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, pengampunan ini semacam bonus yang nilainya berlipat-lipat daripada gaji biasa bagi para buruh pada saat mereka telah menyelesaikan tugasnya. Keunggulan ini seperti melengkapi kemuliaan dan kebahagiaan orang-orang yang beriman atas dibebaskannya sebahagian mereka dari neraka pada setiap malam bulan Ramadhan. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang kira-kira bermaksud "Setiap malam Ramadhan ada orang-orang yang dibebaskan oleh Allah dari neraka. (Hadith Riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah Radiallahu 'Anhu.) Labels: Indahnya Ramadhan |