<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5106462031687787551\x26blogName\x3dbertenang..bergumbira+bersama..\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://zeyro36.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://zeyro36.blogspot.com/\x26vt\x3d-3867686050726135977', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>

Local time


Sertai Teka-Teki Bulanan Blog
  • 1. Hantarkan jawapan abiskita ke chat box beserta nama samaran
  • 2. Tinggalkan no hp abiskita untuk menerima hadiah yang berupa no kad nilai tambah sebanyak 5 Ringgit yang akan dihantar melalui sms bagi pelanggan DST sahaja..pada setiap hujung bulan..atupun jika abiskita yang pemenangnya..hehehe
  • 3. Setiap seorang hanya berhak menjawab sekali sehaja, dan sekiranya banyak peserta yang menjawab dengan betul..undian akan dilakukan.
  • 4. Keputusan adalah muktamad bagi pemenang yang terpilih..
  • 5. Akhir sekali selamat bergumbira n jangan marah-marah...hehehe..
ChatBox☺



Links

Hit Counter
Saturday, 27 March 2010
KNKR 2010 @zeyro36 : Treasure Hunt at old lake BSB (Tasek Lama)

Abiskita luangkan masa untuk menyaksikan gambar-gambar peserta-peserta Kursus Nadwah Keharmonian Rohani, yang di kendalikan oleh Unit Kursus, Bahagian Penyebaran Da'wah, Pusat Da'wah Islamiah, KHEU....dalam aktiviti Treasure Hunt di Tasek Lama...selamat menyaksikan...

Labels:


Thursday, 25 March 2010
Kursus Nadwah Kemurnian Rohani @ Zeyro_36 : Hari Pendaftaran

Isnin, 6 Rabiulakhir 1431 bersamaan 22 Mac 2010, telah bermulanya Kursus Nadwah Kemurnian Rohani yang di anjurkan oleh Unit Kursus, Bahagian Penyebaran Da'wah, Pusat Da'wah Islamiah..yang mana peserta-peserta terdiri dari penuntut-penuntut dari tahun 8&9 daripada beberapa sekolah menengah yang telah terpilih dan ada juga yang mendaftar secara bersendirian...jadi mari kitani saksikan antara gambar yang dapat di ambil di awal hari tersebut....

Sessi taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Rosinah bte Haji Mangshor, Pemangku Ketua Bahagian Penyebaran Da'wah.
 
Antara Peserta yang mengikuti kursus..tpi ada plang jua yang masih duduk besebelahan bapa bisdia...hehehe..
baik2 usul mua bisdia ani....dui malai...

Antara indung-indung bini peserta-peserta kursus yang turut menghantar anak-anak bisdia yang ikut kursus tersebut..,eh..macam pernah teliat je indung bini yang ujung sekali ani...di mana ya?...hehehe...

Antara tenaga-tenaga pengawas profesional yang di tugaskan bagi melancarkan dan menjayakan lagi perjalanan Kursus tersebut...yangmana abisdurang ani didatangkan khas dari berbagai-bagai negara..antaranya dari pakistan, tajikistan, kongostan tpi bukan dari tanjung rambutan...hehehe..

Labels:


Thursday, 18 March 2010
SANTAI-SANTAI@zeyro_36 : Bukit Sarang Helang : Puncakmu ku tawan.



Tau kah abiskita di manakah letaknya Bukit Sarang Helang ani..ianya terletak di kawasan riadah Tasek Lama di Bandar Seri Begawan...bagi sesiapa yang berminat dengan riadah naik bukit bulihlah mencuba untuk mendaki bukit ani..ianya mengambil masa lebih kurang 45 minit (Dari Empangan) untuk sampai kepuncaknya dan berjalan terus untuk kembali semula ke tempat permulaan kira-kira dalam 15-20 minit sahaja jadi ianya mengambil masa dalam 1 jam lebih untuk aktiviti ani..apa yang paling kitani puas hati air peluh yang keluar amat menyenangkan ati kitani walaupun hanya berjalan sahaja...ianya juga sesuai bagi abiskita yang ingin mengurangkan berat badan dan ingin hidup sihat..mungkin hasilnya akan memuaskan ati abiskita..yang penting ada kemahuan dan kuat semangat untuk mencapai cita-cita..chewaah.....jadi ikutilah perjalanan kami ini...

Bekalan yang penting untuk dibawa...

Sessi pemanasan badan bermula...


Jalan menuju kebukit yang pertama dan empangan...

Empangan yang dikatakan....

Menuju ke puncak bukit kedua...

Berada di puncak bukit yang ke-2

Suasana damai sewaktu berada di puncak bukit yang Ke-2

Menuju ke puncak Bukit Sarang Helang

Akhirnya...berdirinya seorang wira di puncak Bukit Sarang Helang...dengan memegang bendera negara yang berkibar megah...Brunei Yakin...

Pemandangan sewaktu berada di puncak Bukit Sarang Helang...
Mercu tanda di bukit tersebut, di mana kemungkinan besar nama Bukit Sarang Helang di perolehi..adakan..sarang helang arah pokok atu..nampak...baik jua ngam nada ada helangnya..

Bukit baru yang ingin di tawan lagi..di katakan mengambil masa sehingga 4 jam untuk ulang alik dari tasek lama hingga ke puncak bukit tersebut dan kembali semula ke permulaan...sekian..

Labels:


Wednesday, 17 March 2010
TEKA-TEKI@zeyro_36 (edisi Mac) : Mana Bolanya? (Update)

P/s: 1.Hantarkan jawapan abiskita ke chat box beserta nama samaran dengan meneka sama ada gambar 1,2,3,4 ataupun 5 untuk menjawap di manakah sebenarnya bola tersebut...
2. Tinggalkan no hp abiskita @ alamat e-mail je, untuk menerima hadiah yang berupa no kad nilai tambah sebanyak 5 Ringgit yang akan dihantar melalui sms bagi pelanggan DST sahaja..pada setiap hujung bulan..atupun jika abiskita yang pemenangnya..hehehe

3. Setiap seorang hanya berhak menjawab sekali sehaja, dan sekiranya banyak peserta yang menjawab dengan betul..undian akan dilakukan.
4. Keputusan adalah muktamad bagi pemenang yang terpilih..
5. Akhir sekali selamat bergumbira n jangan marah-marah...hehehe

Labels:


DAPUR BERASAP@zeyro_36 : Ayam Paprik

Terkenang sewaktu kediaku memburu 'ilmu di rantau orang iaitu negeri yang penuh dengan pasir-pasir dan kurang dengan tanaman yang kehijau-hijauan a.k.a (Mesir)...di mana disanalah tersergamnya salah satu restoran Thailand yang di gelar "Palas" yang menjadi salah satu antara restoran pilihan bagi penuntut-penuntut Al-Azhar dari negara Brunei Darussalam (terutamanya laki-laki) untuk menikmati masakan ASEAN di sana..dan adakah ia masih menjadi pilihan juga pada ketika ani..?nda taulah..mungkin ada lubuk yang baru kali..nda ja...


Btw..kalau bagi ku antara resepi pilihan adalah..Ayam Paprik..mungkin apa yang ingin ku kongsikan di sini sama rasanya dengan masakan di sana...ketuk belanga tanya liurnya...hehehe..



AYAM PAPRIK
Bahan-Bahan:
500 gm isi ayam [dipotong kecil dan nipis]
4 biji tomato [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil]
1 peket jagung muda
100 gm bunga kobis
100 gm brocolli
3 helai daun limau purut [koyakkan]
2 biji bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] cincang halus
2 inci halia ]
2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili


Cara:


1. Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan.
2. Masukkan cili kisar hingga naik bau.
3. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap dan biar sebentar.
4. Masukkan ayam. Biarkan hingga masak.
5. Masukkan sayuran dan daun limau purut untuk baunya. Biarkan sehingga lembut.
6. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.




Selamat Mencoba...


P/s: Resipi di kesan di hanieliza.fotopages.com....Terima Kasih..

Labels:


Tuesday, 16 March 2010
SENYUM-SENYUM@zeyro_36 : Mengelak Kentut Berbau Di Kesan Orang.

Mungkin ramai kalangan kitani yang malu untuk bertanya akan soalan ani, sehingga membiarkan diri bisdia di belenggu dengan trauma akan perkara ani, namun apa yang akan kediaku kongsikan ini akan dapat membantu abiskita untuk menyelamatkan diri kitani dari di belenggu masalah ani...
Cara-caranya ialah:
Pertama : Jika kita sudah terasa ingin mengeluarkannya iaitu (kentut) jangan cuba bermain di minda awda adakah ianya berbau atau tidak, akan tetapi ambil masa yang secepatnya untuk melarikan diri ke tempat yang selamat sambil melirik kiri dan kanan untuk memastikan tiada individu yang lain yang berdekatan lalu lapaskan tia....

Kedua: Jika masa yang amat keritikal, maka serta mertalah menyuruh orang sekeliling dan berdekatan untuk menutup hidung mereka sebaik-baiknya dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk lalu memicit di luar lubang hidung sehingga abiskita menyuruh untuk membuka hidung kembali..

Mungkin dua cara ini dapat membantu abiskita..

Namun perlu jua abiskita ketahui bahawa apabila awda berada di tempat yang semak dengan orang maka janganlah segan silu untuk melepaskannya kerana orang lain amat sukar untuk mengesan siapa pelakunya, akan tetapi apa yang penting biskita perlu buat muka selamba..dan tahanlah ketawa apabila ada individu yang mula bersuara dengan berkata "Bau Kantut eh"..dan lebih selamat jua apabila biskita jua bersuara "awu ah...sapa bekantut anikan..? lalu tutuplah jua hidung...

Jadi...Selamat mencuba...

Labels:


INFO SIHAT@zeyro_36 : Khasiat Air

“MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.

Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berapa banyak air yang kita perlukan?

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.

Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.

Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang, jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

Kesan kekurangan cecair

Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:


1. Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)

2. Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah

3. Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak

4. Tekanan darah menurun

5. Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk

6. Lesu pada waktu siang

7. Sakit belakang

8. Dehidrasi

9. Sakit kepala

10. Memperlahankan kadar metabolisma

11. Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara

12. Sendi dan otot mengalami kekeringan

13.Menyukarkan penyingkiran bahan toksik

14.Meningkatkan keinginan untuk makan

15.Darah menjadi pekat

16.Mudah keliru.

17.Degupan jantung meningkat

18.Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan.

P/s:Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Labels:


Monday, 15 March 2010
RENUNGAN THAYYIBAH@zeyro36 : Fadhilat Sembahyang

Daripada Jabir Radhiallahu 'Anhu katanya, Rasulullah Sallahu 'Alaihi Wasallam bersabda : " Anak kunci syurga ialah sembahyang " (Riwayat al-Imam Ahmad)

Labels:


Saturday, 13 March 2010
KERATAN AKHBAR@zeyro36: Skipping Friday Prayer for dance

A Group of teenagers, some of whom wearing Friday prayer attire skipped the Friday Prayer yesterday to practise dancing.

The delinquent act was made while worshippers were performing their Friday Prayer at a mosque located just few metres away. A group of teenagers with cigarettes after a visit to an internet cafe ware seen joining the dance practice.

In some mosques, some teenagers were frequently seen skipping prayers to chat, smoke cigarettes or "play" with their mobile phones.

p/s: Keratan akhbar dari BORNEO BULLETIN Sabtu 28 Safar 1431H/13 Februari 2010M.

Labels:


Thursday, 11 March 2010
Senyum-senyum kebonceng_36 :Masuk penjara pasal macahkan ceramin.

Dua budak skulah sedang becerita-cerita time waktu rehat..
Budak A: Mana bapa mu? Nda ku meliat ia ngantat ko skulah lagi 2-3 ari ani.
Budak B: Kana tangkap ya n kana masukkan dalam penjara.
Budak A: Pasaaaaal?
Budak B: Ia macahkan tabuk ceramin..
Budak A: Ai..macahkan tabuk ceramin pun kana penjarakah…?
Budak B: Awu iatah ku heran sal ia macahkan tabuk ceramin kapal selam jua ganya masa ia menyalam dilaut..iatah diumbannya tabuk ceramin atu..pacah...kali udah ia naik kedarat kana tangkap tia..sian jua bapa ku atu..

Labels:


Wednesday, 10 March 2010
Teka-Teki Kebonceng_36(edisi Mac) : Mana Bolanya?




P/s: 1.Hantarkan jawapan abiskita ke chat box beserta nama samaran dengan meneka sama ada gambar 1,2,3,4 ataupun 5 untuk menjawap di manakah sebenarnya bola tersebut...

2. Tinggalkan no hp abiskita untuk menerima hadiah yang berupa no kad nilai tambah sebanyak 5 Ringgit yang akan dihantar melalui sms bagi pelanggan DST sahaja..pada setiap hujung bulan..atupun jika abiskita yang pemenangnya..hehehe

3. Setiap seorang hanya berhak menjawab sekali sehaja, dan sekiranya banyak peserta yang menjawab dengan betul..undian akan dilakukan.

4. Keputusan adalah muktamad bagi pemenang yang terpilih..

5. Akhir sekali selamat bergumbira n jangan marah-marah...hehehe..

Labels:


KISAH TELADAN : Kalimat Thayyibah

Diriwayatkan dari Ibnu Umar R.A:

Ketika itu kami berada di sisi Rasulullah SAW lalu beliau bersabda, "Khabarkan kepadaku tentang sebuah pohon yang mirip dengan seorang Muslim, daunnya tidak berjatuhan baik pada muusim panas mahupun musim sejuk, dan memberikan buahnya setiap saat dengan izin Tuhannya."

Dalam hatiku mengatakan bahawa pohon itu adalah pohon kurma, tetapi aku lihat Abu Bakar dan Umar juga tidak berbicara sehingga aku juga segan untuk berbicara. Ketika mereka semua tidak mengatakan apa pun Rasulullah SAW bersabda, "Ia adalah Kurma".

Setelah kami berdiri aku katakan kepada Umar,"Ayah, demi Allah, tadi sebenarnya sudah ku jawab dalam hatiku bahawa ia adalah pohon kurma".

"Lalu apa yang menghalangimu untuk mengatakannya?," Tanya Umar.

"Aku tidak melihat kalian berbicara sehingga aku juga segan untuk mengatakan sesuatu," jawabku.

"Jika kau mengatakannya, itu lebih aku sukai." Kata Umar.

Dipetik Dari: Buku "DOA SEORANG GURU & 68 KISAH TELADAN" oleh MOHD.NAJIB ISKANDAR

Labels:


Tuesday, 9 March 2010
SELAMAT MELAYARI

Salam,
Untuk permulaan pada kali ini, rasmilah kediaku membuka blog sendiri..saja ingin berkongsi n beceta apa yang patut, seperti kata-kata pembukaan blog ku...bertenang..bergumbira bersama..jadi terima kasih kerna sudi melayari n diharap abiskita menyenanginya..Wassalam..

Labels: